Offshore members

Offshore members

Sunday, October 11, 2009

" SIRIH PULANG KE GAGANG" ALUMNI INSTEP

Assalamualaikum...
Ahli ahli ALUMNI INSTEP dan semua bekas pelajar INSTEP/ILPP sekalian,
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Persatuan ALUMNI INSTEP sedang merancang untuk mengadakan satu program yang akan mempereratkan kembali hubungan bekas pelajar ILPP/INSTEP. Program ini akan memberi peluang kepada saudara/ saudari untuk bertemu kembali dengan rakan rakan saudara/ saudari semasa sama sama belajar di INSTEP suatu masa dulu. Seterusnya program ini akan dapat mengimbau kembali kenangan semasa saudara/ saudari menjadi pelajar INSTEP. Juga saudara/ saudari berpeluang untuk bersua muka dengan `cikgu' saudara/ saudari.
Program ini dijangka akan diadakan pada 19 - 21 November 2009 bersama sama dengan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan bertempat di INSTEP. Program ini dinamakan " SIRIH PULANG KE GAGANG"
Pihak persatuan Alumni INSTEP akan cuba untuk berbincang dengan pihak INSTEP untuk memberi kemudahan asrama yang bertaraf hotel kepada 50 peserta terawal yang akan dipilih oleh pihak persatuan. Peserta yang selebihnya akan ditempatkan di hotel berhampiran dengan kos sendiri. Walau bagaimanapun, Pihak persatuan akan cuba untuk mendapatkan harga diskaun dengan hotel terbabit.
Sebagai perancangan, pihak kami ingin mendapatkan maklum balas mengenai lepasan pelajar yang berminat untuk menyertai program ini memandangkan tempat untuk penginapan percuma agak terhad.
Feedback saudara/ saudari bolehlah dihantar kepada wakil wakil kawasan yang telah dilantik oleh pihak persatuan :
GPP - Norzaimi b Azam
PPTSB - Zamri bin Mohammad
EPEMSB - Johan Iskandar b M sidik
PCSB onshore : Norliza bt Othman
PCSB offshore : M Kamal b M A Ghani
KIPC : Salman b M zaki
Qatar : Hamdan b Omar ( email : hbomar@rasgas.com.qa atau onadmah@yahoo.com
Sebarang pertanyaan lanjut, sila email ke tanjungbara@yahoo.com.my, cc kepada : zainali@petronas.com.my

Sila lawati blog : http://www.alumninstep.blogspot.com